Jalinan lé Blog

Google
 
Web jalinan.blogspot.com

June 29, 2004

Berita : Bayangkan betape manusia hilang kemanusiaannye...


Inilah tahap kemajuan orang melayu sekarang. Kita sungguh berbangga kerana kita telah mencapai kemajuan dalam masa yang singkat tidak seperti yang dirancangkan. Belum 2020 lagi tapi kita sudah maju. Satu kebanggaan.

Masalahnya masih ada lagi manusia yang jumud. Yang tak paham paham. Masih lagi memperkatakan masalah aurat, masalah hubungan jenis. Menyekat hak hak kemanusian. Kita diera akademi pantatsial dan malaysian idiot. Muahhahhahahahaaaa.

- watie


MEMANG KURANG AJAR MANUSIA YG BUANG NIE.....!!!!

Apa salah bayi yg tak berdosa ni... hingga dia diperlakukan sedemikian... sdgkan di akhirat nanti, dialah yg memberi syafaat utk ibubapanya... fikir-fikirkan!!

MUAR, Selasa * Seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan, ditemui mati dalam keadaan mengerikan dipercayai akibat dimakan anjing liar selepas dibuang di tepi parit dalam kebun sawit di Kampung Sungai Pulai Tengah, Parit Jawa dekat sini, hari ini.

Mayat bayi terbabit ditemui kira-kira jam 1.30 tengah hari dalam keadaan kedua-dua tangannya putus pada paras bahu dan hilang, dipercayai akibat dimakan anjing liar yang dikatakan banyak berkeliaran di situ.

Kulit badan bayi terbabit juga terkoyak dan tersiat sehingga menampakkan tulang pada kerangka bahagian dadanya.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada bayi perempuan terbabit masih hidup atau sudah meninggal dunia ketika dibuang di situ.

Mayat bayi terbabit ditemui seorang pemandu lori yang melalui laluan di kampung itu sebelum memberitahunya kepada seorang imam yang turut lalu di situ.

Imam kampung, Sunggos Malak, 54, berkata beliau segera berhenti di tempat itu sebaik dimaklumkan pemandu lori yang menahannya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Pemandu lori terbabit pada mulanya tidak menghiraukannya kerana menyangka bangkai ayam.

"Bagaimanapun, pemandu itu rasa curiga dan berhenti untuk memeriksa. Sebaik mendapatinya seorang bayi, dia segera keluar ke tepi jalan dan menahan kereta saya," katanya.

Sepasukan anggota Polis Muar diketuai Pegawai Penyiasat Cif Inspektor Rashid Tanin Abdullah, bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi terbabit.

Polis menemui sebuah beg plastik dan kain putih di luar sebuah rumah tidak berpenghuni, tidak jauh dari tempat penemuan mayat berkenaan.

Mayat bayi itu dihantar ke Rumah Mayat Hospital Muar untuk bedah siasat.



Originally posted by Watie on

June 25, 2004

Berita : Mayat wanita mangsa culik ditemui (Kidnapped at KLCC!)


Mayat wanita mangsa culik ditemui
Oleh Wan Faizal Wan Jaafar

KEPONG: Mayat seorang wanita berusia 23 tahun yang hampir reput dipercayai mangsa culik, ditemui dalam sebuah lombong tinggal di Taman Suria, Batu 6, di sini, tengah hari semalam.

Wanita berasal dari Kuching, Sarawak itu dilaporkan diculik Isnin lalu di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dibuang dalam lombong berkenaan.

Jurucakap polis berkata, ketika ditemui, mangsa dikenali sebagai Julia Lau Lee Mei, yang memakai baju-T hitam dan berseluar jeans biru gelap, diikat di kedua-dua kaki manakala pergelangan tangannya mempunyai kesan ikatan.

"Kedua-dua kaki wanita itu diikat dengan wayar manakala kedua-dua pergelangan tangannya mempunyai kesan ikatan. Polis juga mendapati mangsa memakai sebentuk cincin di jari kanannya,? katanya sambil menambah, siasatan awal polis mendapati mangsa adalah seorang pelajar di pusat kecantikan di Pandan Indah.

Berdasarkan keadaan mayat yang hampir reput, polis percaya wanita berkenaan dibunuh kira-kira tiga hari lalu.

Jurucakap itu berkata, mayat mangsa ditemui seorang pekerja membaiki jalan berhampiran lombong berkenaan, kira-kira jam 1 tengah hari.

Menurutnya, keluarga mangsa yang dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu, bergegas ke sini petang semalam untuk membuat pengecaman mayat di Hospital Kuala Lumpur.

Katanya, mayat berkenaan disahkan sebagai Julia, berdasarkan cincin yang dipakai pada jari kanannya.

Isnin lalu, keluarga mangsa yang tinggal di Kuching menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali meminta wang tebusan sebanyak RM1.2 juta selepas dipercayai menculik mangsa di KLCC pada hari yang sama.

Bagaimanapun, keluarga mangsa gagal menunaikan tuntutan itu dan membuat laporan polis di Kuching.

Katanya, sehingga petang semalam, polis menahan dua lelaki yang dipercayai tinggal sekampung dengan mangsa di Kuching, bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mustafa Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat wanita itu tetapi enggan mengulas lanjut berhubung penculikannya kerana beliau akan mengadakan sidang media berhubung kes itu, pagi ini.

"Keluarga wanita itu telah datang ke HKL dan mereka sudah mengenal pasti identiti mangsa. Kita sedang tunggu laporan bedah siasat,? katanya.



Originally posted by Watie on

June 24, 2004

Iye Ke? : Tyre Safety (Expiry date on tyres)


Dear Friends,

Some useful info to share. There is a 4-year expiry (from the year of manufacture). Thereafter, the tyre may burst (or blow up or explode) whilst in use. How to find out whether your tyre has expired? Check for this sign: ( *2603* ) There is an asterisk at the beginning and at the end of this serial number. The first two numbers 2 6 will tell which week of the year has it been manufactured. NB : One year has 52 weeks. The last two numbers represent the year of make.

Therefore, *2603* shows that the said tyre is manufactured in the 26th week of the year 2003.

*2699* This shows that the tyre is made in the 26th week of 1999. Check all your tyres for safety purposes. Do not use expired tyres. They are likely to burst (especially when running in hot weather) because the rubber component may have hardened and cracked.

Jgn tau main taruk jerkk... kena tau... benda2 lain gaks



Originally posted by Rizal on

June 23, 2004

Iye Ke? : CCTV along LDP from today


Dear friends, please note and let your friends know!

Please note that effective today the LDP highway speed limit will be monitored by the CCTV. The speed limit is 90 kmh and if you go above that at 91 kmh, the camera will auto record and pass to police. The few identified areas where the CCTV is monitoring is as follows :

  1. On the overhead pedestrian bridge in front of Kelana Jaya LRT station, monitoring the straight stretch

  2. Somewhere near Western Digital (CCTV might be on Western Digital), monitoring the straight stretch in front of the Kelana Jaya Seafood

  3. On IKEA, Monitoring straight stretch in front of IKEA and 1 Utama

  4. On the double overhead bridge, monitoring the stretch between the Puchong toll and the Federal Highway turnoff.

  5. In the tunnel near SS2 (please note that the speed limit is 60 kmh, not 90 kmh)



Originally posted by Rizal on

June 15, 2004

Hampeh : Awan Biru bukan Awan Besar


Tersebut la kisah ade satu tempat ajaib yg dinamakan awan biru.. kisah awan biru ni camni.. kat dalam ni ade la benda yang menarik....

Orang cakap kat awan biru ni ade lelaki handsome n pompuan cantik... Sape2 yg masuk ke tempat ajaib ni akan dapat nengok lelaki/pompuan idaman diorang.. Tapi masalahnya dah masuk kita tak boleh pegang awan biru ni.. sape2 yg terpegang awan biru.. akan dapat jodoh yg hodoh.. suatu hari tu ade tiga org budak laki ni gi tempat awan biru tu.. katekan la yg tiga org tu aku, usin dan ko yg tengah baca cite ni..

Mula2 usin masuk.. pastu aku masuk.. kemudian ko yg masuk.. masa usin jalan2 dia nak terjatuh.. lalu terpegang awan biru.. aku pun gelak la pasal usin akan kawin ngan pompuan hodoh.. masa time aku gelak tu.. aku pun nak terjatuh jugak.. aku pun terus berpaut kat awan biru..

Ah! sudah! aku ngan usin akan dapat pompuan hodoh la nampaknye.. kemudian giliran ko pulak yg lalu kat area tu.. tapi suma ok.. ko selamat.. ko tak pegang pun awan biru.. ok abis cite pasal awan biru..

Seminggu lepas tu.. kite pun berpakat utk berkumpul kat kedai makan.. aku ngan usin pun bawak bini masing2.. bini yg hodoh.. nak buat camne.. dah memang kena kawin ngan org hodoh.. tiba2 ko datang.. bawak bini.. fulamak!! ko kawin ngan siti nurhaliza!!!!! perrghh!!!

Aku pun tanya la ko camne ko bleh kawin ngan siti.. tak sempat ko jawab.. siti bagitau yg dia pun pegi kat tempat awan biru tu.. dan dia pun terpegang awan biru.. pasal tu dia dapat ko! hehehehee... Hodoh betui .... ko ni yek???


Originally posted by Rizal on

June 10, 2004

Jokes : LOTR as being told by Ah Beng


Especially for LOTR fans..... as how we remember....

#1 Aragorn:
"Sons of Gondor, of Rohan. My brothers. I see in your eyes the same fear that would take the heart of me! A day may come, when the courage of men fails, when we forsake our friends and break all bonds of Fellowship, but it is not this day! An hour of wolves and shattered shields when the age of men comes crashing down! But it is not this day! This day we fight! By all that you hold dear on this good earth, I bid you, stand, men of the West!"

Ah Beng Malay:
Anak Gondor dan Lohan, taiko taiko sumua! Gua nampak dalam mata lu, manyak takut, macam dalam hati gua! Satu hali nanti, kita sumua jadi takut, dan kita buang sumua kita punya member-member, dan tak flen sumua olang, tapi bukan hali ini! Satu jam nanti, ada banyak itu A-WOOOO punya binatang, sama itu stop pedang punya benda akan pecah, dan olang-olang sumua jatuh, tapi bukan hali ini. Hali ini, kita lawan sama dia! Kalau lu sumua ada mahal punya benda atas lantai, gua mau lu sumua - STAND UP! OLANG BALAT!

#2 Théoden:
"Arise! Arise, Riders of Théoden! Spears shall be shaken, shields shall be splintered! A sword day... a red day... and the sun rises! Ride now... Ride now... Ride! Ride for ruin and the world's ending! Death! Death! Death!!! Forth, Eorlingas!"

Ah Beng Malay:
Mangun! mangun, mah-cai mah-cai Tioden! Goncang lemping lu! Pecah lu punya itu stop pedang punya benda! Hali ini ada pisau besar, hali manyak melah, matahali pun belum bangun! Pegi sekalang! Pegi sekalang! Pegi musnah, dan habis dunia! Mati! Mati! Mati! Jom, Iulingling!

#3 Gandalf:
"You cannot pass! I am a servant of the Secret Fire, Wielder of the flame of Anor. Dark fire will not avail you, Flame of Udûn. Go back to the shadow! You shall not pass!!"

Ah Beng Malay:
OOI Lu tak boleh lalu! Gua itu diam-diam punya api punya kuli, dan gua ada api Jalan Alor! Itu hitam-hitam punya api itu sudah tak flen lu, Api Mee Udon! Balik tempat gelap lu!

LU TAK BOLEH LALU!

#4 Treebeard:
"Saruman! A Wizard should know better! There is no curse in Elvish, Entish or the tongues of Men for this treachery. My business is with Isengard tonight. With rock and stone! Hoorarooom... Come my friends. The Ents are going to war. It is likely that we go to our doom. The Last March of the Ents!"

Ah Beng Malay:
Apalah Saluman. Dawid Copperfewl pun lagi pandai. Gua tak tau ada apa 'kata-kata busuk' yang gua boleh guna, dalam cakap Hakka ka, Hokien ka atau Milayu ka, buat marah ini tak bagus punya pelangai. Ini malam, gua mau buat bisnes sama itu Ah-Seng-kad punya batu! Boo La Lulu! Jom, member-member gua! Kita sumua macam pokok punya olang, akan pegi gaduh besar! Tapi hor, nanti kita mesti mati lamai-lamai punya - ini macam, jadi kita ini macam pokok punya olang, 'last-last' punya jalan-jalan!

#5 Théoden:
"Where now the horse and the rider? Where is the horn that was blowing? They have passed like rain on the mountain, like a wind in the meadow; The days have gone down in the West behind the hills into shadow."

Ah Beng Malay:
Mana itu kuda sama dia punya jokey? Mana itu tanduk yang dia olang tiup-tiup? Dia olang sudah hilang atas bukit besar, macam itu hujan; macam itu angin tiup dekat itu padang bola. Hali-hali sudah turun pegi Balat, belakang itu bukit, masuk dalam tempat gelap-gelap.

#6 Frodo:
"No Sam, I can't recall the taste of food, nor the sound of water, or the touch of grass. I am naked in the dark. There is nothing, no veil between me and the wheel of fire. I can see it with my waking eyes!"

Ah Beng Malay:
Tak boleh lah, Ah-Sem. Gua sudah tak boleh ingat itu makan punya rasa, sama itu ayik punya bunyi, sama itu lumput punya 'feel'. Gua macam tak pakai baju dalam gelap. Apa pun talak - takde itu kain depan gua sama itu ada api punya tayar! Gua kalau tak tiduk pun boleh nampak dia!


Originally posted by watie on

June 08, 2004

Ponder : Tatapan Penuh Kasih


Pernahkah anda menatap wajah orang-orang terdekat dengan anda ketika ia sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali sahaja menatap wajah-wajah ketenangan mereka ketika sedang tidur. Ketika itu yang kelihatan adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung, di layar perak, di kaca tv begitu cantik dan gemerlapan pun boleh jadi akan kelihatan sederhana dan jauh berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tidak akan kelihatan wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda ketika beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu sasa dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. Lihatlah ibu anda. Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana tempaan hidup yang keras. Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang tercinta itu : Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Abang, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya. Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.

Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan ketika menatap wajah yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang tertutup oleh kesalah-fahaman kecil yang entah kenapa selau sahaja nampak besar. Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu dapat kelihatan lagi melalui wajah-wajah jujur mereka ketika sedang tidur.

Pengorbanan yang kadang melelahkan namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata : "betapa lelahnya aku hari ini".

Dan penyebab lelah itu? Untuk siapa dia berlelah-lelah? Tidak lain adalah kita. Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, abang, adik, anak, dan sahabat yang telah melalui hari-hari suka dan duka bersama kita. Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka.

Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan seketika terganggu jika mengingat itu semua. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika keesokan hari mereka; orang-orang yang dikasihi itu tidak lagi membuka matanya, selama-lamanya.....

If you can touch it and you can see it, it's REAL.
If you can touch it but you can't see it, it's TRANSPARENT.
If you can't touch it but you can see it, it's VIRTUAL.
If you can't touch it and you can't see it, it's GONE.

Yurni Salleh Francis
Executive Assistant to the Chairman
Celcom (Malaysia) Berhad
Tel : 603 2848 3636
Fax : 603 2681 0339
mob : 603 019 228 8223
email : yurni@celcom.com.my



Originally posted by watie on

Ponder : Apache killing in Iraq


Seronok kalau main video game PS2 mcm ni. But this is no video game. The Apache gunner might love it, but just imagine if he's at the other end of the barrel. Realiti peperangan...
-midgee-


06 May 2004 (Full Story) Pictures of wounded men being shot censored by TV

The pictures are appalling, the words devastating. As a wounded Iraqi crawls from beneath a burning truck, an American helicopter pilot tells his commander that one of three men has survived his night air attack. "Someone wounded,'' the pilot cries. Then he received the reply: "Hit him, hit the truck and him.'' As the helicopter's gun camera captures the scene on video, the pilot fires a 30mm gun at the wounded man, vaporising him in a second.

Check out the link below:

http://www.indymedia.org.uk/media/2004/01/284087.mpg or http://www.robert-fisk.com/


Originally posted by midgee on

June 04, 2004

Jokes : More Collection


Enjoy reading............

  1. Chinaman saw accident.
    He call police but dunno English,
    He said 1 car come, 1 car go,
    1 car bo brake, 1 car bo stop
    2 car ping, ping, piang, piang.
    Please call e or e or. Thank you.


  2. America has cowboy and cowgirl,
    England has madcow,
    Hong Kong has Macau,
    Russia has Moscow,
    S'pore has 2 famous cows- 'Cow-peh and cow-bo'


  3. When ur life is in darkness......
    Pray 2 God and ask Him 2 free u from darkness..... and If ur still in darkness...
    Pls remember to pay ur TNB bill.


  4. Girlfriends r like appetizers,
    They taste better at any time.
    Mistresses r like BBQ, Hot and Spicy
    Can be eaten everyday,
    Wives r like tins of sardines,
    Only 2 be opened when there is nothing else 2 be eaten.


  5. Before marriage, she expects a man;
    After marriage she suspects him and
    After death she respects him...


  6. When a man opens the door of his car for his wife,
    You can be sure of one thing;
    Either the car is new or the wife...


  7. There was this guy who told his woman that he loved her so much that he would go thru hell for her.
    They got married - and now he is going thru hell!


  8. A man inserted an advertisement in d classifieds: "Wife Wanted".
    Next day, he received hundreds of letters. They all said the same thing.
    "You can have mine!"


  9. "What's the matter? U looked depressed."
    "I'm having trouble with my wife"
    "What happened?"
    "She said she wasn't going to speak to me for 30 days"
    "But that ought to make you happy"
    "It did. Today is my last day"


  10. A girl at 15 is a sur-prise
    At, 25 she's the Right PRIZE.
    At 35, a GRAND PRIZE
    At 45, a CONSOLATION PRIZE
    At 55, she's a DOOR PRIZE
    AND At 65, a GIVEAWAY!


  11. Feeling bored?
    Think of me, sad?
    Call me, lonely?
    See me, sleepy?
    Dream of me, Hungry?
    Eat.................... Maggie Mee!!!


  12. Last nite, I wanted u. needed u so badly that it hurts. I wanted 2 taste u. I wanted u in me so u could work ur powers on me.
    But I couldn't find u ......... Stupid Panadol!


  13. At a funeral: One of the teary-eyed people ask......
    Why, why him of all people?
    Ans: Why? Would it rather have been u???


  14. When u see someone with evidently short hair: Hey, have u had a hair cut?
    Ans: No, it's Autumn and I'm shedding


  15. An angry china man entered a shop and shouted: Where's my free gift with this cooking oil?
    Shopkeeper: What free gift??
    China man: Oi, here got put "Cholesterol FREE!"


  16. If u need ADVICE, MSG ME,
    If u need DARLING, CALL ME,
    If u need HELP, E-MAIL ME,
    IF U NEED MONEY, Nombor yang anda dail, tiada dalam perkhidmatan kami, T. Kasih.


  17. Sending u a musical x'mas SMS......
    Loading.........20%..............90%.............. Done
    No sound??? Ooops! It must be playing "Silent Night"






Originally posted by Atzzz on

June 01, 2004

Jokes : Redneck 911 Call


A couple of redneck hunters are out in the woods when one of them falls to the ground. He doesn't seem to be breathing and his eyes are rolled back in his head.

The other redneck starts to panic, then whips out his cell phone and calls 911.

He frantically blurts out to the operator, "O my gawd! Help! My friend just died. He's Dead! What can I do?"

The operator, trying to calm him says, "Take it easy. I can help. Just listen to me and follow my instructions. First, lets make sure he's dead." There's a short pause, and then the operator hears a loud gun shot!!!

The redneck comes back on the line and says, "OK, now what?"




Originally posted by Watie on

Ponder : Remember those days?


You grew up watching He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Space Cop Gaban, Ultraman, and Mighty Mouse. Not to forget, Ninja Turtles, Mask and Smurfs too.

You grew up brushing your teeth with a mug in primary school after recess time. You squatted by a drain with all your classmates beside you, and brushed your teeth with a colourful mug. Remember the days when the school nurse comes with a list for the dentist appointments, the sound of the drilling when your friend has a fill in his tooth.

You remember the packets of milk (Projeck Susu Segar) and milo we get in primary school to encourage us to drink more milk. And when we had to line up just to get one cup, and some of us would line up again for another cup of cold milo. And remember we use to buy susu sekolah and get stomach-ache the next day.

During primary (some KBSR & 3M) school days, the teacher will punish you using a long ruler to hit your palm. A bowl of noodle soup cost only 40c in primary school days. When you were in primary school, girls like to go to the bookshop to buy cute stuff such as animal erasers, sharpeners, notebook etc. Play with these paper doll... with all the paper clothes.. etc etc

In secondary (some KBSM) school, girls go to the library to borrow their favourite romance storybook. In secondary school, girls altered their school skirt to shorten it and guys will go to the school appointed school uniform tailor shop to tailor make their school trousers to the then fashionable "baggy pants" , or the GQ one with all the 'batik' or buckle at the edge of the pocket! the straight cut jeans.. or codroy...

In secondary school days, you buy the Bata BM Turbo school shoes. Some guys like to wear those china made ankle high shoes. Some even like to wear those very thick socks with their school shoes. remember the panda, carefree or warrior shoes.. :) Internet? E-mail? What the hell is that? So you thought a decade or more ago. Your friends don't have pagers or handphones in school. CDs? What's that? Cassette tapes were the norm.

Movie tickets used to cost less than $5 last time. there is no KLCC.. Pertama or Bukit Bintang the only place we have..

The goodies from Mamak shop used to be Mamee, Ka ka, Kum Kum, Ding Dang choco balls (with toys in the box) + the mat sentul voices as a jingle, colourful hard "egg", "cigerette" chocolate, pink bottle of bubbles, and small tubes with yellow sticks to blow "more lasting" bubbles that you can pop more air in or slam it on. You never forget 'Ti Kam'.

When exams are over, the board games (eg: UNO, Monopoly, CLUEDO) & hand held video games will be all over the class room. Girls will start playing 'batu seremban'. guys with 'tudung botol oren' Your favourite sound is the bell! For it's the homemade ice cream man. The cream that tops Haagan

Dazs! The pink colour ice-cream with eyes plus a wide smile. Another bell is the recess bell, a time to get away from school work and to eat. Another time when there is no bell but all guys will anxiously wait for it... The PJ, PE time (time for football!!)

Your favourite childhood games were playing "guli"(marbles), five stones, zero-point, catching, and/or "Pepsi-Cola one two three"! The best thirst quencher of all times is the yummy colourful ice tubes you can buy from provision shops. To eat them, break the tab and suck while holding the freezing tube! All gals had barbie dolls, My Little Pony, pound puppy,

Polly Pocket and etc, while all boys had star wars figurines or a rubber band catapult that shoots folded paper or eraser bits. Once was the era whereby ice-cream sticks were valueable items, than came the paper aircrafts, chalk fights.

Everyone envied the class monitor and his assitant, cos they were the ones who came up with the daily duty roster, giving names to teacher on who makes the most noise and who's running around the class. The elite group are the prefects, the one with license to move around, they consider themselves above the law when not many students actually listened to them, and that's when the PK Hem comes in.

Some boys made their own guns from wood, and used 'Bacali' as the bullets. Some even used matches to shoot and burn kids'lanterns during Latern Festival.. and you also rather to 'ponteng sekolah' juz to watch final episod of Moero Attack .. miss that much.. summersault berkembar... hehehe.. still remember this one..

Cheers to the 70's..80's babies... WE RULE THIS WORLD!


Originally posted by Rizal on

Iye Ke? : Victoria Station Case


KUALA LUMPUR: Sebuah restoran mewah yang terkenal dengan makanan Barat dikesan cuba memperdaya pelanggan Islam apabila mempamerkan tanda logo Halal palsu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Pihak pengurusan restoran yang terletak di USJ itu, turut didapati menjual pelbagai minuman keras.

Berikutan itu, pegawai penguat kuasa Jakim dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu premis berkenaan pada jam 1 tengah hari semalam.

Pengarah KPNDHEP Selangor, Mohd Roslan Mahayudin yang turut menyertai operasi itu, berkata pihaknya memandang serius perbuatan restoran berkenaan yang dianggap tidak sensitif terhadap agama. Menurutnya, hasil siasatan, pemilik restoran itu yang memiliki beberapa rangkaian di Lembah Klang, sengaja menampalkan logo Halal Jakim di rak kaca menjual kek yang terletak di pintu masuk premis.

"Tindakan ini seolah-olah menggambarkan semua makanan yang disajikan restoran ini halal kepada pengguna Islam. "Siasatan lanjut mendapati kali terakhir restoran itu memohon mendapatkan tanda Halal Jakim pada 1999. "Ia hanya dikeluarkan untuk kebenaran menjual kek dan roti pastri, namun kelulusannya sudah tamat tempoh dan tidak pernah dipohon semula sejak empat tahun lalu," katanya.

Dalam serbuan itu, Mohd Roslan berkata, pegawai penguat kuasa Jakim menanggalkan logo Halal palsu itu selain merampas risalah menu restoran berkenaan. "Kita akan siasat sama ada logo Halal Jabatan Agama New Zealand dan Amerika Syarikat yang turut dipamerkan pada risalah menu diiktiraf dan sah digunakan," katanya.

Mohd Roslan berkata, perbuatan restoran itu serius kerana pengunjung pasti menyangkakan semua makanan dihidangkan halal. Menurutnya, pegawai penguatkuasa Jakim turut memeriksa bahagian dapur restoran itu bagi memastikan cara penyediaan makanan tidak membabitkan penggunaan alkohol.

Sementara itu, Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan danPenguatkuasaan Jakim, Mohd Amri Abdullah, berkata pihaknya akan meneruskan lebih banyak operasi bagi mengenal pasti premis yang mempamerkan tanda Halal palsu Jakim.

Menurutnya, pemilik premis boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 dan boleh didenda sehingga RM250,000."Setiap premis yang disahkan menjual makanan halal perlu mempamerkan logo serta sijil tanda halal yang boleh dilihat pengunjung premis. Ini adalah syarat yang perlu dipatuhi. "Oleh itu, saya menasihati pengguna Islam supaya berhati-hati sebelum menjamu selera bagi mengelakkan termakan makanan haram," katanya.



Originally posted by Rizal on

Iye Ke? : Statitik Kes Rogol


Sekarang musim rogol. Betul ke? Salah. Mari kita kaji statistik ni baik-baik.
- watie


1. Statistik rogol dari Malaysian Crime Foundation.

1993: 869
1994: 965
1995: 1029
1996: 1098
1997: 1429
1998: 1539
1999: 1457
2000: 1210
2001: 1354
2002: 1418

2. Statistik rogol mengikut laporan Berita Minggu, mengikut apa yang Dr Rais bentang pada kabinet:

2000: 1217
2001: 1386
2002: 1431
2003: 1479

3. Statistik rogol di Arab Saudi, yang mengamalkan hudud pada tahun 2000
(NationMaster. com)

2000: 87 kes.

4. Statistik rogol di UK, yang mengamalkan common law, undang-undang yang ditiru oleh Malaysia pada tahun 2000. (NationMaster. com)

2000: 8 593 kes.

Ini bermaksud di Malaysia pada tahun 2003, lebih kurang 4 kes rogol berlaku setiap hari. Sebab tu apabila media melaporkan ada kes rogol setiap hari, ia bukan bermaksud sekarang musim rogol. Tetapi sebenarnya memang setiap hari ada berlaku kes rogol. Sama ada ia dilaporkan atau tidak sahaja oleh akhbar. Ingat, ini kes yang dilaporkan dan kita tidak tahu berapa banyak kes disenyapkan olehmangsa.

Entry kali ini tidak berkisar kepada hukuman apa yang wajar. Tetapi apa yang Islam sudah suruh pada semua, baik wanita, lelaki, keluarga dan keseluruhan anggota masyarakat. Sebagai langkah pencegahan awal.

1. Wanita seharusnya keluar berteman.

Peringatan ini sudah jelas disebut dalam hadis-hadis yang sahih. Jangan keluar melainkan dengar mahram. Ini bermaksud, mak bapak perlu main peranan penting. Apa kejadahnya kalau mak bapak buat tak kisah anak dara keluar seorang diri. Mahu cari nahas? Yang pelik, bila kita bangkitkan hal ini, maka bertalu-talulah disebut Islam mengongkong kebebasan wanita. Kenapa pada zaman moden ini masih perlu begitu? Wanita moden sudah pandai berdikari dan menjaga keselamatan diri. Barangkali sudah lihat anak dirogol baru mahu menyesal?

2. Jangan keluar dating walaupun dengan boyfriend dan tunang. Ini juga sudah disebut dalam hadis. Kalau dating, orang ketiga adalah syaitan. Tapi kadang-kadang mak bapak buat tak kisah lagi-lagi kalau yang ajak keluar tu tunang anak dia. Anak-anak memanglah suka. Apa kalau baru bertunang sudah dianggap dapat lesen besar. Sudah terusik dan ditinggalkan baru menangis tidak berlagu.

Laporan All Women Society (AWAM) dalam satu buku bertajuk The Rape Report: An Overview of Rape in Malaysia (2002) menyebut daripada 6 jenis kes rogol,
2 daripadanya berpunca dari perjumpaan pasangan lelaki-perempuan
(kekasih/kenalan) yang bermula dengan kerelaan sendiri untuk berbuat seks ataupun ditipu. Kalau tak keluar dating dari awal, sudah tentu perogolan tidak berlaku.

3. Pisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan Apabila sudah mencapai umur mumaiyyiz. Ini juga disebut dalam hadis. Sebab itu rumah yang terbaik dalam Islam paling kurang ada 3 bilik tidur. Sebab antara kes rogol yang berlaku juga melibatkan adik-beradik dan juga si bapa dan datuk yang meletakkan otak dan akal mereka di kepala lutut. Pemisahan tempat tidur ini juga sebagai langkah awal membasmi dan mencegah kes-kes sumbang mahram.

4. Tidak memakai pakaian yang seksi, ketat lagi menggiurkan. Orang yang memakai pakaian begini adakalanya bernasib baik keranatidak dirogol. Tetapi pemakaian mereka merangsang melakukan rogol. Bayangkan, kalau keluar KL sahaja seorang lelaki akan lihat puluhan malah ratusan perut, pusat dan peha-peha gebu sudah tentu kalau nafsu tidak dibendung, mangsa-mangsa yang lemah akan menjadi sasaran. Kan baik kalau wanita-wanita ini berpakaian menutup aurat serta melabuhkan pakaian mereka. Lelaki yang kuat nafsunya pasti akan dapat dibantu secara tidak langsung. Walaupun para ulama mengatakan di hadapan mahram batasan auratnya longgar, tetapi para ibu seharusnya mengingatkan janganlah membenarkan anak-anak perempuan ini memakai seluar pendek ketat dan baju fit di hadapan datuk, bapa, pakcik dan abang serta adik lelaki kerana lelaki ini nafsunya adalah terhadap perempuan.

Bila nafsu menguasai diri, sudah tentu anak atau cucu sendiri pun dikerjakan sampai mati.

5. Isteri jangan tolak permintaan suami untuk 'bersama' Di barat, ada undang-undang karut disebut marital rape. Suami merogol isteri. Apa kejadahnya undang-undang ini. Benar, wanita itu bukan simbol seks dan tempat pemuas nafsu suami sahaja. Tetapi pada masa yang sama kena ingat, kalau bukan pada isteri si suami mahu melepaskan hajat, pada siapa lagi?

Dari satu sudut lelaki memang perlu bertolak ansur. Kalau isteri penat, datang haid, baru bersalin dan sebab-sebab lain yang dibenarkan oleh Islam, memang lah tak patut bagi si suami memaksa isteri melayan kehendaknya. Itu memang kejahilan suami dalam mengetuai bahtera.

Tetapi kalau tidak ada sebarang sebab untuk menolak, maka kalau diminta oleh suami maka jangan ditolak. Ini juga disebut dalam hadis-hadis dalam bab perkahwinan. Permasalahan ada mood atau tidak, maka ia perlu dirujuk pada yang pakar bagaimana mahu dapat mood itu kembali, tetapi jangan sampai mengabaikan kehendak suami.

6. Menutup pintu-pintu maksiat Segala benda yang mengundang berahi manusia maka janganlah dibenarkan. Video lucah. Majalah lucah. Artis terkangkang. Artis tunjuk buah dada, Artis tayang seluar dalam. Dan pelbagai lagi bahan yang boleh mendorong maksiat.

Kadang-kadang bila mahu mencapai majalah di kedai-kedai mamak, kelihatan majalah-majalah blue ini dengan mudah boleh didapati. Mona Gersang lah. Jeritan batinku. Layan 3 lelaki sekaligus. Abang pemuas nafsuku dan 1001 tajuk lagi. Belum dicampur lagi majalah-majalah barat yang memang menampakkan badan wanita lebih dari kain. Marilah kita sama-sama melakukan apa yang Islam suruh buat. Memang perogol itu jahat, tetapi kalau kita sendiri sama-sama menyumbang jasa untuk membangkitkan nafsu perogol ini apa ceritanya pula?

Tindakan mahu meminda seksyen 376 Kanun Keseksaan kepada hukuman mandatori adalah baik. Tetapi kalau terus kembali kepada apa yang syariah mahukan adalah lebih baik lagi.

1210(MY) - 87(SA) - 8593(UK) (Statistik rogol NationMaster. com, tahun 2000). Bukankah sudah terbukti hukuman hudud itu mampu mengurangkan jenayah rogol ke tahap paling minima? Kenapa masih degil dan sombong? Daripada Allah kita diciptakan, dengan sistem Allah kita hidup, dan kepada Allah kita kembali.

Wallahua'lam.

*belajar terima kelemahan sendiri & org lain*



Originally posted by watie on