Jalinan lé Blog

Google
 
Web jalinan.blogspot.com

June 29, 2004

Berita : Bayangkan betape manusia hilang kemanusiaannye...


Inilah tahap kemajuan orang melayu sekarang. Kita sungguh berbangga kerana kita telah mencapai kemajuan dalam masa yang singkat tidak seperti yang dirancangkan. Belum 2020 lagi tapi kita sudah maju. Satu kebanggaan.

Masalahnya masih ada lagi manusia yang jumud. Yang tak paham paham. Masih lagi memperkatakan masalah aurat, masalah hubungan jenis. Menyekat hak hak kemanusian. Kita diera akademi pantatsial dan malaysian idiot. Muahhahhahahahaaaa.

- watie


MEMANG KURANG AJAR MANUSIA YG BUANG NIE.....!!!!

Apa salah bayi yg tak berdosa ni... hingga dia diperlakukan sedemikian... sdgkan di akhirat nanti, dialah yg memberi syafaat utk ibubapanya... fikir-fikirkan!!

MUAR, Selasa * Seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan, ditemui mati dalam keadaan mengerikan dipercayai akibat dimakan anjing liar selepas dibuang di tepi parit dalam kebun sawit di Kampung Sungai Pulai Tengah, Parit Jawa dekat sini, hari ini.

Mayat bayi terbabit ditemui kira-kira jam 1.30 tengah hari dalam keadaan kedua-dua tangannya putus pada paras bahu dan hilang, dipercayai akibat dimakan anjing liar yang dikatakan banyak berkeliaran di situ.

Kulit badan bayi terbabit juga terkoyak dan tersiat sehingga menampakkan tulang pada kerangka bahagian dadanya.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada bayi perempuan terbabit masih hidup atau sudah meninggal dunia ketika dibuang di situ.

Mayat bayi terbabit ditemui seorang pemandu lori yang melalui laluan di kampung itu sebelum memberitahunya kepada seorang imam yang turut lalu di situ.

Imam kampung, Sunggos Malak, 54, berkata beliau segera berhenti di tempat itu sebaik dimaklumkan pemandu lori yang menahannya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Pemandu lori terbabit pada mulanya tidak menghiraukannya kerana menyangka bangkai ayam.

"Bagaimanapun, pemandu itu rasa curiga dan berhenti untuk memeriksa. Sebaik mendapatinya seorang bayi, dia segera keluar ke tepi jalan dan menahan kereta saya," katanya.

Sepasukan anggota Polis Muar diketuai Pegawai Penyiasat Cif Inspektor Rashid Tanin Abdullah, bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi terbabit.

Polis menemui sebuah beg plastik dan kain putih di luar sebuah rumah tidak berpenghuni, tidak jauh dari tempat penemuan mayat berkenaan.

Mayat bayi itu dihantar ke Rumah Mayat Hospital Muar untuk bedah siasat.



Originally posted by Watie on

2 Comments:

  • Apa nak jadi dengan Pandan Mewah nie? Dikawal selia oleh orang luar yang mengaku dirinya bergelar Datuk. Menyalahgunakkan amanah parti Umno untuk kebaikan bersama dalam pemilikan pasar malam tapi digunakkan untuk tujuan peribadi. Kawasan padang (green area) untuk tujuan kebaikan penduduk setempat telah mengaku sebagai pemilikannya dengan terbinanya rumah buruk yang menyakitkan mata. Projek terbengkalai bekas miliknya yang tidak jadi (di kawasan hijau) itu membahayakan kanak-kanak yang bermain diatasnya dengan berdirinya bekas-bekas cerucuk yang boleh membunuh. Segala apa yang dianjurkan oleh penduduk setempat untuk kebaikan bersama ditentang olehnya habis-habisan. Seorang lelaki tua yang boleh dikatakan "rumah kata pergi dan kubur kata mari itu" amat dibenci oleh penduduk setempat hakka peniaga pasar malam dikawasan itu yang pernah diherdik dan ditengking olehnya.

    Sila layari

    http://pandan-mewah.blogspot.com/2005/04/pandan-mewah-dan-isu-terkini.html

    By Anonymous Anonymous, at 17 May 2005 at 06:48  

  • Your site Blogger, is cool. When I was searching for Accuracy yours was one of the best. While working on my site Accuracy I have been seeking ways to make it better and found yours to be helpful. Thanks!

    By Anonymous Anonymous, at 5 December 2005 at 10:33  

Post a Comment

<< Home