Jalinan lé Blog

Google
 
Web jalinan.blogspot.com

June 01, 2004

Iye Ke? : Victoria Station Case


KUALA LUMPUR: Sebuah restoran mewah yang terkenal dengan makanan Barat dikesan cuba memperdaya pelanggan Islam apabila mempamerkan tanda logo Halal palsu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Pihak pengurusan restoran yang terletak di USJ itu, turut didapati menjual pelbagai minuman keras.

Berikutan itu, pegawai penguat kuasa Jakim dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu premis berkenaan pada jam 1 tengah hari semalam.

Pengarah KPNDHEP Selangor, Mohd Roslan Mahayudin yang turut menyertai operasi itu, berkata pihaknya memandang serius perbuatan restoran berkenaan yang dianggap tidak sensitif terhadap agama. Menurutnya, hasil siasatan, pemilik restoran itu yang memiliki beberapa rangkaian di Lembah Klang, sengaja menampalkan logo Halal Jakim di rak kaca menjual kek yang terletak di pintu masuk premis.

"Tindakan ini seolah-olah menggambarkan semua makanan yang disajikan restoran ini halal kepada pengguna Islam. "Siasatan lanjut mendapati kali terakhir restoran itu memohon mendapatkan tanda Halal Jakim pada 1999. "Ia hanya dikeluarkan untuk kebenaran menjual kek dan roti pastri, namun kelulusannya sudah tamat tempoh dan tidak pernah dipohon semula sejak empat tahun lalu," katanya.

Dalam serbuan itu, Mohd Roslan berkata, pegawai penguat kuasa Jakim menanggalkan logo Halal palsu itu selain merampas risalah menu restoran berkenaan. "Kita akan siasat sama ada logo Halal Jabatan Agama New Zealand dan Amerika Syarikat yang turut dipamerkan pada risalah menu diiktiraf dan sah digunakan," katanya.

Mohd Roslan berkata, perbuatan restoran itu serius kerana pengunjung pasti menyangkakan semua makanan dihidangkan halal. Menurutnya, pegawai penguatkuasa Jakim turut memeriksa bahagian dapur restoran itu bagi memastikan cara penyediaan makanan tidak membabitkan penggunaan alkohol.

Sementara itu, Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan danPenguatkuasaan Jakim, Mohd Amri Abdullah, berkata pihaknya akan meneruskan lebih banyak operasi bagi mengenal pasti premis yang mempamerkan tanda Halal palsu Jakim.

Menurutnya, pemilik premis boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 dan boleh didenda sehingga RM250,000."Setiap premis yang disahkan menjual makanan halal perlu mempamerkan logo serta sijil tanda halal yang boleh dilihat pengunjung premis. Ini adalah syarat yang perlu dipatuhi. "Oleh itu, saya menasihati pengguna Islam supaya berhati-hati sebelum menjamu selera bagi mengelakkan termakan makanan haram," katanya.



Originally posted by Rizal on

3 Comments:

  • Kenapa tak list down and publish nama restoran yang ada ragu halal ni??? Kita teringin nak makan macam-macam, tapi kalau dah macam ni.. susahlah. Kalau gi overseas nak ragu-ragu.. almaklum ajalah. Ini kat negeri sendiri yang ugama rasminya Islam, yang majoriti penduduknya Islam pun tak selamat dari ragu halal ni..

    Walaupun kita nak seronok-seronok.. halal haram nak jaga jugak. Effect keturunan beb dan amalan kita. Jakim tolonglah agresif sikit. Tak payahlah nak jaga perut orang tertentu. Jagalah kemaslahatan kami juga. PLEASE!!!!

    By Anonymous Anonymous, at 14 February 2005 at 21:20  

  • Jadi Victoria Station ni halal ke tidak?

    By Anonymous Anonymous, at 29 March 2005 at 00:28  

  • Secret Recipe, La Manila, dan banyak lagi tolong lah list down. Mana yg halal?

    By Anonymous Anonymous, at 29 March 2005 at 00:29  

Post a Comment

<< Home