Jalinan lé Blog

Google
 
Web jalinan.blogspot.com

July 14, 2004

Berita : Guru ludah murid tak siap kerja rumah


Kalau anak I yg kena, memang I tunggu Cikgu nie kat luar sekolah, tangkap, ikat, bawa Taik Kucing agak2 seguni, nga-ngahkan mulutnya, tuang semua2, lepas tu, Plasterkan mulutnya tu! Masuk jel pun tak pe lepas tu, coz dia berani ngan budak Tahun 2, besar mana tu, cuba ludah budak Form 3 ke Form 5, tak kena tunggu, balik kena potong lidah?! Dgn gurubesar sekali, coz that was not the first time rupanyer!Kutt ya pung nak memberi tunjuk ajar takan sampai sebegitu sekalik....... gigit aje tayar gheta cekgu tu... gigit keempatnyernyer sekalik... biaq pancit!!!!!
- watie


KUALA TERENGGANU: Seorang guru kontrak bahasa Inggeris di sebuah sekolah kebangsaan di Dungun didakwa meludah ke atas beberapa murid Tahun Dua yang gagal menyiapkan kerja rumah serta membuat bising dalam kelas, kelmarin.

Guru berusia 58 tahun dari Paka itu dikatakan memegang rahang murid terbabit sebelum meludah ke dalam mulut mereka antara jam 9 hingga 10 pagi. Sebelum ini, guru itu pernah melakukan perbuatan yang sama dan dinasihatkan guru besar agar tidak mengulanginya.

Bapa kepada seorang murid terbabit, Mahmud Mansor, 36, berkata beliau mulanya tidak percaya apabila anaknya menceritakan perbuatan guru itu selepas pulang dari sekolah. Bagaimanapun, katanya, beberapa orang rakan kelas anaknya turut memberitahu ibu bapa masing-masing mengenai tindakan guru berkenaan.

"Guru besar sekolah itu yang ditemui ibu bapa memberitahu beliau pernah menasihatkan guru berkenaan apabila menerima laporan beberapa bulan lalu,? katanya kepada Berita Harian, semalam. Mahmud berkata, beliau tidak kisah jika guru terbabit merotan atau mendenda anaknya, tetapi perbuatan meludah ke dalam mulut itu dianggap keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan.

Katanya, beliau pergi ke Jabatan Pelajaran Terengganu untuk membuat aduan mengenai perkara itu kira-kira jam 11 pagi semalam tetapi diberitahu pegawai bertugas tiada di pejabat. "Kakitangan itu kemudian meminta saya membuat aduan di Pejabat Pelajaran Daerah Dungun, katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Draman Muda, yang diminta mengulas mengenai kejadian itu mengarahkan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah menyiasat dan mengemukakan segera laporan kepada jabatan. Setakat ini, katanya, jabatan belum menerima laporan mengenai tindakan melampau guru berkenaan terhadap beberapa muridnya.

"Kita mengarahkan pegawai pelajaran berkenaan menyiasat dan mengemukakan segera laporan kepada jabatan untuk dihantar ke Kementerian Pelajaran bagi tindakan lanjut. "Setakat ini saya tidak boleh mengulas lanjut tetapi pada dasarnya guru terbabit boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya didapati bersalah, katanya.

Draman berkata, semua guru termasuk guru kontrak dan sandaran tidak harus mengenakan tindakan keterlaluan ke atas murid walaupun ada yang melakukan kesalahan.



Originally posted by Watie on

0 Comments:

Post a Comment

<< Home