Jalinan lé Blog

Google
 
Web jalinan.blogspot.com

July 07, 2004

Berita : Bayi tiga bulan mati tersedak susu


KUANTAN: Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan 16 hari meninggal dunia disebabkan lemas tersedak susu yang diberi ibunya di kediaman mereka di Balok, dekat ini, kelmarin.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Mokhtar Mohd Ali, berkata kejadian itu disedari keluarga mereka sebelum membawa bayi berkenaan ke Poliklinik Masyarakat Balok, kira-kira jam 6 pagi.

"Kejadian itu dipercayai berlaku antara jam 6 pagi hingga 10 pagi semalam
(kelmarin) ketika bayi sulung pasangan suami isteri itu disusukan ibunya.

"Ibunya hanya menyedari kejadian itu selepas mendapati bayi berkenaan tidak bergerak walaupun dikejutkan.

"Apabila dibawa ke klinik, bayi itu disahkan sudah meninggal dunia disebabkan axspsyhia secondary to milk aspiration atau kelemasan akibat tersedak susu, kira-kira jam 10 pagi. katanya kepada pemberita di pejabatnya, di sini, semalam.

Mokhtar bagaimanapun berkata, polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah berhubung kejadian itu.



Originally posted by Watie on

0 Comments:

Post a Comment

<< Home