Jalinan lé Blog

Google
 
Web jalinan.blogspot.com

July 26, 2004

Berita : Remaja didera rayu bantuan RM20,000


hmmm.... sumtin' smell fishy bout dis story.... kita tunggu berita selanjutnya, kalau ada nanti.. takkan sampai 2thn, nenek ke, sedara mara baru nak tau........ tau2, terus minta derma.. tak report polis ke, tangkap mak tiri tu...
- watie


KUALA LUMPUR: Siapa sangka kisah klasik penderaan ibu tiri terus berulang dalam masyarakat, malah lebih mengerikan apabila Nur Yuhana Yunos, 16, terpaksa menjalani pembedahan membaiki kecacatan bibir dan telinga akibat didera menggunakan pelbagai peralatan termasuk playar, tukul dan lesung batu.

Remaja yang mendakwa didera kira-kira dua tahun secara terus-menerus itu, memerlukan ihsan dan simpati orang ramai bagi membantu keluarganya membiayai kos pembedahan di Hospital Pakar Ampang Puteri berjumlah antara RM15,000 hingga RM20,000.

Selain Nur Yuhana, adiknya Nur Azzah, 15 dan Nur Ashikin, 12, turut didera.

Orang ramai yang mahu menyumbangkan derma kepada Nur Yuhana boleh berbuat demikian dengan menghantar cek ke alamat, Berita Harian, Unit Kebajikan NSTP, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur dengan menulis nama Nur Yuhana di belakang cek.

Sepupu Nur Yuhana yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata mangsa adalah anak sulung daripada tiga beradik dan dipelihara ayah kandungnya yang berkahwin lain selepas kematian isteri.

"Yuhana dan adik-adiknya didera walaupun melakukan kesilapan kecil seperti air dari baldi tertumpah ke lantai atau terlewat bangun tidur kerana mereka terpaksa bangkit seawal jam 5 pagi.

"Keluarga di sebelah arwah ibunya mula mengetahui penderaan ini apabila adik Nur Yuhana, Nur Azzah, 13, melarikan diri ke rumah neneknya di Ulu Tiram, katanya yang datang ke pejabat Balai Berita di sini, semalam.

Katanya, Nur Yuhana memerlukan pembedahan secepat mungkin kerana kecacatan di bibir menyukarkannya untuk makan dan minum dengan normal.

"Selain itu, pembedahan yang membabitkan kecacatan di telinga dan kulit di tubuh akan dilakukan secara berperingkat, katanya.

Pada April lalu, Berita Harian melaporkan adik Nur Yuhana, iaitu Nur Azzah yang dipercayai didera ibu tirinya sejak beberapa tahun lalu, bertindak nekad melarikan diri walaupun dua jari kaki kirinya patah selepas dihentak dengan tukul besi.

Nur Azzah melarikan diri dari rumahnya kira-kira jam 7 malam, selepas dipercayai didera ibu tirinya yang berusia 40-an.

Jurucakap Hospital Sultanah Aminah (HSA) berkata, badan, tangan dan kaki mangsa penuh dengan kesan lebam dan bekas deraan lama sama ada kesan disepit playar atau disebat dengan rotan.

Sementara itu, Nur Yuhana berkata, antara bentuk penderaan yang ditanggung ialah mulutnya ditarik menggunakan tangan atau playar dan kakinya dilempar dengan lesung batu.

"Selain itu, mulut saya dipijak dan kemudian kuku dicabut dengan playar serta pernah dijirus dengan air panas.

"Saya mula didera menggunakan pelbagai peralatan itu selepas dipaksa menulis surat kepada nenek dengan memintanya tidak datang menjenguk kami kerana kami sudah bahagia, katanya.



Originally posted by Watie on

0 Comments:

Post a Comment

<< Home