Jalinan lé Blog

Google
 
Web jalinan.blogspot.com

August 21, 2004

Ponder : Kenali si dia


1) Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.

Selalunya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama.Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting. Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya 'ada masalah sikit'. Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kemungkinan si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan spare part.

2) Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika berdating dengan anda.

Sedang asyik berdating dan anda sedang berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah. Ada-ada saja sakitnya....sakit perut,pening,lenguh kaki atau rasa nak demam. Sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda langsung untuk jatu sakit. Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke kelinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian. Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri dari anda dan bersama kekasih lain.

3) Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.

Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar samada menonton wayang, makan-makan atau sekadar bersiar-siar tetapi kini dia sering menolak dengan seribu alasan. Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu oleh anda dalam keadaan terpaksa. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

4) Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda.

Si dia berubah sikap dari seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai. Walaupon anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk sekali, jika dia sudah tidak segan-silu menengking anda atau memaki hamun anda disebabkan perkara-perkara yang kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan. Jika situasi ini beraku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya. Mungkin si dai sedang mencari jalan untuk memujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meningalkannya. Tak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.

5) Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya.

Sudah tabiat pasangan bercinta, uka membelek-belek telefon bimbit pasangannya. Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya samada SMS, nama pemanggil, simpanan nombor telefon dan sebagainya. Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekirannya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut mencurigainya kerana kemungkinan dia menyimpan nombor telefon atau SMS teman wanita lain. Dia tidak mahu anda melihat kandungan telefon bimbitnya kerana takut rahsia kecurangannya terbongkar.

6) Tidak lagi rajin menelefon anda.

Diawal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Si dia sentiasa mengambil berak dan menelefon anda walau untuk bertanya sudah makan atau belum. Jika satu hari tidak mendengar suara anda, pasti dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon anda dan adakalanya tidak menelefon anda langsung. Anda pula terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak. Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

7) Jika dulu dia romantik bersama anda, sekarang dia hambar.

Jika dulu dia ceria sekarang dia membosannkan. Jika dulu dia sering menghantar kad dan bunga sekarang diatidak lagi berbuat begitu. Jika dulu sering berkongsi cerita dan masalah serta bergurau senda, sekarang dia lebih banyak membisu. Malah dia tidak lagi mempamerkan kasih sayangnya pada anda dan hanya melayan anda seolah-olah teman biasa. Dia tidak lagi mengambil berat mengenai anda dan sering termenung jauh. Perubahan sikapnya yang ketara adalah petanda kemungkinan dia sudah ada teman baru dan tidak lagi berminat dengan anda. Anda patut menyuruhnya berterus-terang supaya diri anda tidak akan dipermain-mainkan.

8) Asyik lewat ketika temujanji.

Anda sudah berjanji untuk berjumpanya di suatu tempat tetapi setelah berjam-jam menunggu, barulah nampak bayangannya. Anda merajuk tetapi dia sudah bersiap sedia dengan pelbagai alasan seperti traffic jam, masalah tempat kerja atau paling mudah terlupa. Jika sekali dua terlewat mungkin boleh dimaafkan tetapi jika dah selalu terlewat , pasti anda akan meradang. Anda juga mungkin boleh bertoleransi jika si dia terlewat seminit dua atau setengah jam tapi jika asyik berjam-jam menunggu atau x muncul langsung, pasti ada sebab yang logik dari teraffic jam. Anda perlu menyiasat kerana kemungkinan si dia telah membuat lebih dari satu temujanji dalam satu hari. Dan temujanji itu tak mustahil dengan wanita lain.



Originally posted by Arrys on

0 Comments:

Post a Comment

<< Home