Jalinan lé Blog

Google
 
Web jalinan.blogspot.com

August 21, 2004

Renungan : Berita Dunia


Daripada petikan Berita Dunia, Akhbar berita Harian (15Jun 2004)

San Jose: Sebuah pertubuhan mubaligh mendakwa berjaya memurtadkan lebih 50,000 rakyat Iran memeluk agama Kristian sejak stesen TV satelitnya dipancarkan ke negara itu pada 2002.

Menurut kenyataan Gereja Antioch Antarabangsa yang berpengkalan di California, AS, siaran TV satelit itu disiarkan pada waktu perdana ke seluruh Republik Islam Iran dengan pelbagai rancangan menarik bagi memujuk umat Islam meninggalkan agama mereka dan memeluk agama Kristian. Gereja itu ditubuhkan untuk bekas penganut Islam yang murtad.

"Usaha memurtadkan orang Islam memasuki agama Kristian bermula pada 1830 oleh mubaligh Amerika Syarikat. Selepas 150 tahun pada 1979, hanya 3,000 penganut kristian daripada kira-kira 50 juta rakyat Iran," kata kenyataan itu.

Mengikut pengasas gereja itu, Hormos Shariat, dalam dua tahun saja sejak TV satelit dilancarkan lebih 50,000 orang Islam meninggalkan agama mereka. - Agensi.

Pendek sahaja beritanya kan... tapi pilu tak rasa di hati kalian bila mendengar berita betapa mudahnya umat Islam menukarkan agama Islam ke agama Kristian.

Begitulah rapuhnya Iman kita. Dan betapa berjayanya agenda yahudi dan Nasara memasukkan unsur-unsur hiburan dan agenda dakwah mereka ke dalam saluran TV. Apatah lagi kita dihidangkan dengan perlawanan bola sepak Euro yang menuntut kita bangun "tahajjud' setiap pagi semata-mata untuk melihat pasukan bola yang bertanding. Diaorang dapat duit, kita dapat apa? Dapat dosa ada.. lewat Subuh.

Jadi fikirkanlah tentang rancangan TV yang begiru menghiburkan sekarang... Konsert Sureheboh, AF2.. tanyalah sesiapa sahaja, dapat jawab. Tapi tanya tentang doa Qunut pun kadang-kadang terlupa...

Berjayakah kita mempertahankan Iman dan Akidah kita menjelang 2 atau 3 tahun yang akan datang... adakah kita akan mengalami nasib yang sama seperti berita yang dikemukan di atas.. Fikirkanlah.....



Originally posted by Arrys on

0 Comments:

Post a Comment

<< Home