Jalinan lé Blog

Google
 
Web jalinan.blogspot.com

August 17, 2004

Jokes : Tanda-tanda Demam Akademi Fantasia II Anda Masih Belum Kebah


originally adapted from ashburn
  1. Anda lebih sanggup mengikat perut dan tidak pergi ke shopping malls walaupun pada masa Great Malaysian Sale kerana anda lebih rela beli prepaid topup kad anda untuk mengafundi pelajar AF II anda yg diminati.


  2. Anda tidak langsung rasa bersalah apabila anda menggunakan telefon bimbit ahli-ahli keluarga anda untuk mengafundi pelajar favourite anda.


  3. Walaupun anda sudah bercucu empat, anak sudah besar panjang, anda masih lagi mengafundi Zahid setiap hari dan mengarahkan anak-anak anda berbuat begitu juga.


  4. Sanggup menghabiskan duit pencen anda yang seciput itu untuk mengafundi pelajar favourite AF II anda.


  5. Sanggup berbaik2 dengan adik beradik anda yang sudah lama tak bertegur hanya kerana rumahnya ada Astro.


  6. Sanggup menghabiskan uwang membeli baju berwarna oren (walaupun anda sebenarnya sudah terlalu sengkek bulan ni) kerana ingin memberitahu seantero dunia yang anda peminat Zahid.


  7. Sanggup mengeluarkan duit simpanan dari Tabung Haji untuk menampung kehidupan anda di bulan2 kering (dek kerana mengafundi peserta favourite dengan banyaknya).


  8. Sanggup membuang masa berejam-jam di blog-blog (di sini, juga di sini contohnya) yang mengulas tentang Diari Akademi Fantasi secara terperinci dan tidak memperdulikan kerja-kerja pejabat anda yang makin bertimbun.


  9. Sanggup bergaduh dan bertikam lidah dengan orang-orang tidak dikenali hanya kerana membacking pelajar AF II favourite anda walaupun anda tahu dan sedar yang peserta favourite anda tidak akan membaca pendapat anda.


  10. Tiba-tiba suka makan cekodok.


  11. Tiba-tiba suka memancing.


  12. Tiba-tiba anda rasa anda perlu untuk ke Tawau untuk merasa sate hasil tangan ibu pelajar favourite AF II anda.


  13. Tiba-tiba anda rasa gelek penyanyi2 dangut adalah tarian terseksi di dalam dunia.


  14. Tiba-tiba bercita-cita hendak jadik architect walaupun usia anda sudah terlalu lanjut untuk mencapai cecita tersebut.


  15. Memarahi anak anda kerana tidak mengafundi pelajar AF II favourite anda sehingga pelajar itu terkeluar.


  16. Sanggup tidak ke kenduri berinai saudara dekat anda kerana tidak mahu terlepas menonton Konsert Akademi Fantasia.


  17. Hanya sanggup menikah selepas berakhirnya siri Akademi Fantasia dan tidak sebelum itu.


  18. Sanggup dimarahi ibu kerana tidak mahu pergi ke kenduri arwah saudara di kampung kerana kenduri itu dibuat pada hari Sabtu malam.


  19. Menghabiskan masa berjam-jam di pantry di ofis untuk mengupas program diari dan konsert Akademi Fantasia malam sebelumnya lagaknya melebihi juri professional.


  20. Sanggup berembun di Dewan Sivik MPPJ pada pukul 12 malam dengan harapan dapat ticket konsert mingguan percuma.


  21. Berasa sangat-sangat kecewa apabila mengetahui yang tiket-tiket itu hanya diberi pada pukul 3pagi.


  22. Sanggup membayar lebih 100% lebih daripada harga asal tiket Konsert akhir Akademi Fantasia walaupun pada masa tengah-tengah bulan.


  23. Sanggup bermuncung bibir dan tidak bertegur sapa dengan kawan- kawan kerana peserta AF II favourite berbeza-beza.


  24. Tiba-tiba rasa upah RM100 untuk sepasang baju kurung tidak mahal walaupun dahulu anda merungut jika upah menjahit baju kurung adalah RM60 sahaja.


  25. Sanggup membeli sapu tangan dan belajar mengikat bandangan.


  26. Tiba-tiba timbul minat untuk ingin mempelajari bermain guitar.


  27. Rasa kosong dan terkedu apabila menyedari yang seri Akademi Fantasia II sudah pun habis.


  28. Menonton ch@15 dan menyerang balas statement2 daripada peminat- peminat fanatik AFII dengan begitu bersemangat sekali.


  29. Turut jua mengatakan yang sebuah kamera yang tidak mempunya hati, perasaan dan personaliti sebagai cute hanya kerana pelajar AF II favourite anda juga berkata demikian.


  30. Tiba-tiba merasakan yang M. Daud Kilau, yang dahulunya dikutuk oleh anda, sebagai seorang yang cool.


  31. Sanggup mengambil risiko yang tinggi dan membeli tiket Konsert Mingguan dan Konsert Akhir AFII daripada orang-orang yang tidak langsung dikenali (dan tidak bekerja di Axcess Charge).


  32. Sanggup tidur pada pukul 1.30 pagi supaya anda tidak lepas menonton Diari Akademi Fantasia walaupun anda mula bekerja pada pukul 8 pagi dan majikan anda adalah seorang yang garang.


  33. Rasa marah yang meluap-luap apabila pengkiritk mengutuk/mengomen peserta favourite AFII anda dengan negatifnya.


  34. Terlupa memberi kucing anda makan kerana terlalu masyuk menonton Diari atau Konsert AF II


  35. Masih lagi menonton ch@15 walaupun Konsert AF II sudahpun berakhir.


  36. Menelefon dan merecce terlebih dahulu tempat penginapan percutian anda untuk bertanyakan samada hotel tersebut mempunyai siaran Astro Ria di sana.


  37. Rasa panik melampau-lampau bila anda dapati yang tempat penginapan tersebut tidak mempunyai siaran Astro Ria.


  38. Sanggup bermati-matian mebacking pelajar favorite AFII anda di forum/komen blog/yahoo messenger conference walaupun anda sedar anda berada di pihak minoriti (1 lawan berpuluh orang).


  39. Tiba-tiba menyampah dan meluat maksima terhadap seorang bekas pelajar AFI kerana "merampas" teman lelaki peserta favourite AF II anda.


  40. Mimpi anda menjadi begitu extravanganza sehinggakan anda bermimpi yang pelajar Recyle AF II memulangkan trofi kemenangannya.


  41. Menggunakan perkataan-perkataan seperti "pitching lari ke laut" dan sebagainya di dalam kehidupan seharian.


  42. Menonton ulangan konsert pada hari Ahad pagi walaupun anda baru sahaja menonton siaran Konsert itu beberapa jam sebelum ini.


  43. Sanggup sorok status perkahwinan semata2 ada keinginan untk mengambil Mas sebagai isteri kedua.


  44. Setiap kali makanan ikan anda habis, ataupun anda tidak terlalu sihat, anda akan mencarik Johnny dan Jenny untuk mengadu kepadanya.


  45. Nama kucing anda Markonah tiba-tiba jadik "Johnny".


  46. still spend weekend kt umah mak cik yg ade astro wpun AF dh abis


  47. bila terdengar orang menyanyi dekat dengan anda, anda mula bagi komen pasal pitching, falsetto, ad-lib, feel....


  48. sanggup menyuruh rakan anda yg berada di dalam dewan konsert untuk melaporkan keadaan setiap 30 minit ketika kenduri aruah sedang berlangsung, sehingga turut terlupa yang radio Era juga ada siaran langsung


  49. menyuruh anak anda yang seramai 5 orang itu untuk mengembangkan rambut ala² p3


  50. sudah berkira ² untuk beraya dengan kimono sekeluarga tahun ini


  51. sanggup menaja baju kaler oren sebab nak suruh sama2 bg semangat utk pelajar favourite anda


  52. bunyik hon keta dah tukar jd breep.. breep..


  53. tetiba bangga jd sagitarrian.. huhuhu..


  54. tetiba rasa rendah diri tengok muka sendiri yg tak selicin muka farah..


  55. dah mula pasang azam tak mo m'punyai keluarga tak bahagia


  56. Sanggup menunda membeli cincin kahwin walhal majlis lagi seminggu semata2 takut terlepas ke konsert Final AF


  57. Tetibe aje nak beli teddybear letak dalam bilik


  58. Practise "tahan perut" walaupun anda hanya lah ketawa. Mana tau, takut orang sebelah komen pitching gelak anda "terkeluar acuan".


  59. Hadiahkan org tercinta dengan VCDs Akademi Fantasia. Bunga dan kad sudah tidak dihargai lagi.


  60. Bercita2 untuk namakan anak2 anda Zahid, Kaer dan Adam.


  61. Sampai bermasam muka dgn suami gara2 dia mengajak tengok "Spiderman" di malam Konsert AF.


  62. Tak senang duduk masa company dinner sbb tak dapat nak menonton konsert AF.


  63. semua security camera kat opis anda sudah ada name ... Johnny, Jenny, Sammy, Kenny, dll.


  64. Sorok semua marker bila dengar bos nak adalah mesyuarat tergempar


  65. kalau yg tengah mengandung tu tgh berkira2 nak namakan anak dengan nama... Zahid... Farah... Linda... Adam... Yusrizan... Zarina... Asma... ataupun Muhammad Afundi.


  66. selalu berlatih teknik bubbling dan berusaha sedaya upaya utk melakukannya walaupun air liur meleleh keluar dgn banyaknya...


  67. ajar anak mengira, one two three four five six seven eight (sampai eight saje dgn nada cikgu linda jasmine)


  68. dah pandai menari ala2 menuju puncak.. lompat2.. hehehe.. malu seh..


  69. nampak je camera kat shopping complex atau dalam lift tersengeh2 sorang.. berangan masuk dalam diary.. padahal seblom nie nengok je camera tu, buat muka meluat.. hehehehe.. heheheh


  70. tak pasal2 mak2 bagi izin .. yg paling penting GALAKAN masuk audition af.


  71. nescaya, segala puteri termasuk pandu puteri dah mula pasang niat dan prektis nyanyi..


  72. tetiba terasa cam nak keja kat astro... wakaka....


  73. sikat rambut girlfriend utk pujuk dia bila merajuk


  74. Tahun lepas suruh mak suap cekodok, tahun ini nak cari artis pulak suap cekodok


  75. Takut makan APOM sebab tak nak gemuk


  76. Dulu kalau ketawa, pin jatuh pun boleh dengar ... sekarang ... Waaa Hak Hak Hak Hak Hak !!!!!


  77. terpanggil member ofis yg lelaki dengan nama ZAHID


  78. terhantar sms kat kwn dng no 32999


  79. Setiap kali tengok Linda, senyum memanjang.


  80. dah mula tunggu untuk AF3.


  81. sanggup memerah otak mengingat kembali & mencari point & menulis tanda2 demam AF masih belum kebah


  82. walaupun mamak tu dah 20 tahun duduk malaysia, anda nak jugak order roti canai dengan mamak tu cakap tamil... ammmaaa...


  83. sanggup mengadap cermin berjam-jam sambil mengusap rambut yang dah hampir tiada di kepala


  84. sanggup merayu untuk mendapat sehelai rambut dari kawan perempuan dipejabat yang berambut panjang untuk merasa korek telinga dengan rambut.


  85. semua sampul surat pejabat yang nak dihantar atas urusan rasmi, dilukis corak-corak ditepi seperti surat wasiat AF.


  86. kain tudung emak diambil buat bandangan.


  87. berhenti kerja yang ada sekarang sekadar untuk bekerja di stesen petronas supaya lebih meessrrraaaa..


  88. berangan nak buat blog sendiri walaupun tak pandai menulis dengan harapan dapat masuk imbasan AF (hahahahaa)


  89. asal datang rumah orang je, nak tidur kat ruang tamu. lepas tu berdengkur kuat-kuat.


  90. tahun ni taknak buat baju raya sebab nak simpan duit untuk beli top-up.


  91. rim tayar basikal terpakai kat rumah tu pasang dalam bilik tidur buat roda denda. lepas tu paksa adik-adik pusing.


  92. bangun tidur bukak channel 15, balik kerja channel 15, sambil makan tengok channel 15, masuk bilik menunggu pun pasang channel 15 kuat-kuat.. asal boleh dengar, jadilah...


  93. asyik terdengar2 lagu sway versi kaer tak kira saat dan ketika even masa aku nak semayang gak.


  94. latih gf every single minute supaya dapat sebut "johhnnyyyyy" sebijik cam farah..


  95. paksa dia makan byk2 bagi chubby cam farah


  96. tiba2 terasa nak kawin cepat so boleh dapat anak cam kaer..


  97. pukul 8.30pm tangan automatik switch on ch4, mengharapkan adanya diari akademi fantasia


  98. cokodok tiba2 naik status jadi makanan kegemaran rakyat Malaysia.


  99. sanggup menyuruh bf memakai subang semata2 nak nampak macho cam Ramli MS

Sapa yang terkena batang idung sendiri tu.... angkat keyboard!!!



Originally posted by Azhari on

0 Comments:

Post a Comment

<< Home