Jokes : Taip Surat
Mamat merupakan seorang tentera yang ditugaskan di sempadan tanahair bagi membenteras penyeludupan. Pada suatu hari Mamat telah ditukarkan ke bahagian lain dan ditempatkan di kem Terendak Melaka. Kebetulan, semasa dalam perjalanan ke Melaka, beliau melintasi kampung halamannya di Perak.
Memandangkan Mamat telah lama tidak dapat bercuti dan pulang ke rumah bagi melepaskan rindu kepada anak-anak dan terutama isterinya Milah yang masih muda belia, maka kesempatan itu telah digunakan dengan sebaik-baiknya oleh Mamat untuk singgah sebentar di rumahnya bagi melepaskan dahaga batinnya dan menjenguk anak-anak.
Setelah menjelaskan kepada rakan sekerjanya, Mamat pun bergegas pulang ke rumah. Sesampainya di rumah, ternyata isterinya tidak berada di rumah. Hanya kelihatan anaknya Lan yang sedang bermain di rumah jiran.
"Lan... mak engkau mana?" tanya Mamat pada anak sulungnya yang sedang bermain.
"Eh, ayah! Mak pegi rumah orang kenduri," jawab anaknya.
"Engkau pegi panggil mak kau kejap, cakap ayah nak password komputer. Ayah nak taip surat ," arah Mamat pada anaknya.
Anaknya pun pergilah memanggil emaknya kat kenduri tu dan memberitahu yang ayahnya dah balik dan nak password komputer untuk menaip surat .
Mendengarkan kata-kata anaknya, Milah dah paham dah... Mesti suaminya nak ehem... ehem... punya, pasal kodnya dengan suami nak berasmara ialah menaip surat .
Sementara itu di rumah, Mamat gelisah menunggu Milah yang lambat balik sedangkan dia tidak mempunyai banyak masa sebab janji dengan kawannya sekejap sahaja.
Tunggu punya tunggu, Mamat dah hilang sabar. Lalu dia pun masuk ke dalam bilik air, capai sabun dan ehem... ehem... sorang-sorang. Setelah selesai, Mamat pun keluar dari bilik air. Ketika hendak melangkah keluar dari rumah, tiba-tiba terjongol Milah.
"Hah bang, kata nak menaip. Marilah masuk bilik."
"Tak payah taiplah Milah, abang dah tulis tangan... lagi cepat."
Mamat pun pakai kasut, kemudian blah setelah Milah mencium tangannya yang masih kuat berbau sabun.
Originally posted by At on
0 Comments:
Post a Comment
<< Home