Jalinan lé Blog

Google
 
Web jalinan.blogspot.com

April 13, 2004

Tips : Reminder


sekarang nie dekat maner2 pung x selamat... baca harian metro semlm pemandu teksi mati ditikam dan dikelar bertubi2 dekat Puchong Bdr Tasik Puteri..... ermmmmmmmmmmmmmmmmmm ......

oh ya ari2 pi ghumah mertua kat Jinjang Utara jiran lat 3 buah ghumah baru kematian anak lelakinyer yg berusia 3 tahun akibat dihempap TV 29' inci so berhati2lah.. malang tidak berbau.....

p/s masih teringat2 kepetahan arwah berkata2.......................

- watie

-----

"Fazlan bin Abdullah" To: Undisclosed-Recipient:;
13/04/2004 11:27 AM

Subject: FW: reminder!

Baru dapat tahu dari seorang kawan yang adik iparnya, seorang perempuan, menjadi mangsa tikaman di Sunway. Kira-kira pukul 9 PAGI, beliau memandu keretanya di Sunway selepas menghantar suaminya ke SJMC. Keretanya telah dilanggar dari belakang dan kemudiannya disamun dan ditikam di Sunway.

Sekarang berada di ICU disebabkan kehilangan 75% darahnya akibat tikaman tersebut. 2-3 hari lepas, di Negeri Sembilan, seorang wanita yang keretanya telah dilanggar dari belakang, menjadi mangsa samun dan rogol.

Kejadiaan serupa ini banyak berlaku sejak 2-3 bulan ini. Dalam TV, rancangan 999 kemarin ada memaparkan kejadian serupa. Dalam rancangan tersebut, 2 kejadian dipaparkan.

Pertama, seorang wanita yang memandu di Seksyen 7 Shah Alam kira-kira pukul 11 malam, keretanya di langgar dari belakang. Dia kemudiannya di larikan ke kawasan pembinaan di Shah Alam dan dirogol bergilir-gilir.

Kedua, di Gombak Setia. Kereta seorang wanita di langgar dari belakang. Semasa pertengkaran, lelaki yang pura-pura menuruh wanita tersebut memerikasa samaada pintu belakang boleh dibuka atau tidak, telah menolak wanita tersebut kedalam kereta dan rakan lelaki tersebut telah memandu kereta tersebut. Mangsa telah dirogol rasanya (mungkin saya silap). Dia juga telah dicederakan dengan pisau di jari termasuk diKELAR dipaha (ada la dalam 3-4 inci).

So kekawan, berhati-hati lah. Tidak kira yang dah kawin atau belum. Sebab yang di Gombak tuh rasanya dah bersuami.

Peringatkan kenalan, saudara mara serta isteri (atau isteri-isteri) kita "Apa-apa hal, LOCK YR. CAR & JANGAN KELUAR DARI KERETA!".

MAKE SURE ADA NO. PHONE POLICE DLM HANDSET & CALL YR. HUSBAND/NEARBY RELATIVE, KALAU DAH SYAK ACCIDENT TU SCAM, CEPAT-CEPAT PECUT BILA DIA ORANG KELUAR KERETA. PLEASE...... THIS KIND OF CASES HAVE BEEN ALARMING!




Originally posted by Watie on

0 Comments:

Post a Comment

<< Home