Jalinan lé Blog

Google
 
Web jalinan.blogspot.com

April 13, 2004

Renungan : Kes Pelajar Sek Agama Di Bunuh dan Cerita Nabi Yusof as


Kita terpinga-pinga mendengarkan kes adik Mohd Farid Ibrahim pelajar Sek Men Agama Dato Klana Petra Maamor dipukul hingga mengakibatkan kematian oleh saudara se Islamnya. Mengapa ianya berlaku di sekolah agama ?

Kita ketepikan dahulu kelemahan pihak pentadbir sekolah, kita ketepikan dahulu masalah disiplin pelajar, kita ketepikan dahulu masalah didikan ibu bapa.

Sebenarnya iktibar sejarah itu berulang. Apa yang berlaku di Sek Agama Ampangan sedikit sebanyak mengimbau kembali kisah sejarah Nabi Yusuf yang hampir dibunuh oleh saudara-saudara kandungnya sendiri dan kisah dua orang putera Nabi Adam as , Qabil yang membunuh Habil, semua ini hanya kerana adanya perasaan iri hati. Jika dikalangan keluarga Nabi , boleh berlaku peristiwa bunuh, inikan pula di sekolah agama di zaman yang penuh pancaroba.

Menurut ceritanya kumpulan pelajar yang memukul adik Mohd Farid ini, bukanlah dari kumpulan yang agak aktif. Menurut cerita seorang guru yang mengajar kelas tambahan, kumpulan murid ini selalunya baik dan diam dalam kelas.

Menurut cerita yang dikumpul daripada beberapa sumber yang boleh dipercayai lagi, almarhum adik Mohd Farid ini merupakan seorang yang sangat baik, sehinggakan ramailah guru yang menyayanginya. Hinggakan ceritanya dia dilantik menjadi imam, menyebabkan imam lama membawa diri.

Seperti kisahnya saudara-saudara kandung Nabi Yusuf as, seperti kisahnya Habil dan Qabil, perasaan iri hati dan ditambah dengan hasutan syaitan telah menyebabkan mereka melakukan khianat ke atas saudara kandung mereka sendiri, walaupun mereka ini telah dididikk sejak kecil lagi oleh Nabi Yakub as dan Nabi Adam as.

Walauapapun usaha yang dilakukan oleh semua pihak, yang paling utama ialah usaha mempertingkatkan iman adalah yang paling utama. Usaha untuk meningkatkan takwa kepada Allah adalah yang paling utama setelah segala usaha yang lain kita lakukan.

Wallahu a’lam



Originally posted by Abadie82 on

0 Comments:

Post a Comment

<< Home