Jalinan lé Blog

Google
 
Web jalinan.blogspot.com

May 07, 2004

Iye Ke? : Jawapan Surat Layang berkenaan GARDENIA


Assalamualaikum,

Di sini dilampirkan surat jawapan dari Gardenia berkenaan isu surat layang yang telah timbul sejak akhir-akhir ini.

Semoga surat ini dapat menjelaskan keadaan sebenar kepada khalayak ramai dan terpulanglah kepada para pengguna untuk mengadili cerita & situasi sebenar isu ini.

Minta kerjasama dari pihak tuan-tuan/puan-puan yang dimuliakan untuk menyampaikan e-mel ini kepada rakan-rakan & saudara-mara yang lain supaya mereka juga berpeluang untuk mendapat maklumat yang sebenarnya. Semoga Allah membalas jasa baik tuan-tuan/puan-puan sekalian. Jazakallah.

Wassalam.

Azmy Roslin Hello, All, Assallamualaikum wbht...

RE : GARDENIA - Pengeluar Daging Babi Terbesar di Australia

Salam sejahtera kepada semua kaum Muslimin & Muslimat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, warkah ini disalin dan dikirimkan kepada masyarakat kita untuk member perhatian kepada satu kegiatan yang menyalahi Hukum Syarak oleh sesebuah syarikat perniagaan.

Amat terkejut dan terperanjat apabila membaca satu artikel oleh Goola Warden dalam The Edge Singapore bertarikh 12 Januari 2004 yang mendedahkan bahawa QAF Limited ataupun dikenalai sebagai GARDENIA adalah pengeluar DAGING BABI terbesar di Australia dan Singapura. Perniagaan DAGING BABI adalah penyumbang terbesar kepada keuntungan GARDENIA.

Sejak membaca risalah tesebut, fikiran saya tegangngu memikirkan bahawa saya telah menjadi mangsa perbuatan aniaya, tiodak jujur dan tamak syarikat GARDENIA. Dengan serta-merta, saya telah memberi amaran kepada keluarga, rakan dan taulan supaya tidak lagi membeli barangan keluaran GARDENIA. Jangan kita yang telah mengetahuinya terus menerus meletakkan dosa dibahu kita dan ahli masyarakat orang Muslim.

Sebagai hamba Allah, adalah tanggungjawab saya untuk menyerlahkan situasi sebenar dan mengambil tindakan untuk menyaran kepada semua umat Islam supaya memberhentikan pembelian roti berjenama GARDENIA dengan serta merta dan masa hadapan. Syarikat ini secara langsung ataupun secara tidak langsung tidak menunjukkan rasa hormat dan keperhatinan kepada kaum masyarakat Islam.

Saudara saudari sekalian, marilah kita berkongsi pengetahuan ini dengan rakan taulan Islam kita dan saya percara, sebagai umat Islam yang baik, saudara saudari akan mengambil tindakan yang sebenar untuk muslimat dan musliman yang belum berpeluang mengetahui hal yang sebenar.

Semoga seluruh umat Islam bersatu tenaga dan kepercayaan untuk menghapuskan kesangsian yang terbukti benar untuk kebaikan semua umat Islam.

Mohon keberkatan dan rahmat dari Allah s. w. t yang membuka pintu hati kita dengan segala KebesaranNya. Allahuakbar... Allahuakbar... Alllllllahuakbar...!!

Wassallam...

Best regards.

UMIKALSOM BT RAZI umikalsom.razi@konsortium.net
2004-04-29



= = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

Best regards.

Kasmah kasmah@konsortium.net
2004-04-29


Originally posted by Midgee on

0 Comments:

Post a Comment

<< Home