Jalinan lé Blog

Google
 
Web jalinan.blogspot.com

April 05, 2004

Iye Ke? : AS rancang marin meronda di Selat Melaka


WASHINGTON 4 April - Amerika Syarikat (AS) merancang untuk menempatkan askar-askar marin dan pasukan operasi khas untuk meronda dengan bot laju di sepanjang Selat Melaka bagi menghapuskan ancaman pengganas di salah satu daripada terusan paling sibuk di dunia.

Penempatan askar-askar AS di sepanjang selat yang memisahkan Malaysia, Singapura dan Indonesia itu adalah sebahagian daripada inisiatif baru Washington untuk memerangi keganasan bagi membantu Asia Tenggara, kata Laksamana Thomas Fargo, pemerintah tentera kanan AS di rantau Asia Pasifik.

Inisiatif Keselamatan Maritim Serantau itu dirancangkan oleh tentera AS untuk memerangi ancaman seperti keganasan, kegiatan lanun dan penyeludupan serta pengedaran dadah dan manusia.

Ia membenarkan perkongsian maklumat dan perisik bagi menyelaraskan prosedur-prosedur operasi dengan negara-negara Asia Tenggara untuk mengambil tindakan yang terkesan terhadap pengganas dan jenayah-jenayah lain, kata Fargo.

``Inisiatif ini mendapat sokongan yang amat meluas,''kata Fargo, yang mengetuai Markas Pasifik AS yang berpusat di Hawaii dan mengetuai operasi Pasukan Marin, Tentera Udara, Tentera Laut dan Tentera Darat di rantau itu.

``Saya baru pulang dari Singapura dan telah mengadakan perbincangan yang bernas dengan para pemimpin negara itu,'' katanya kepada ahli-ahli perundangan AS yang menyoalnya minggu ini berhubung dengan peruntukan belanjawan untuk markasnya, yang terbesar di AS.

Ditanya sama ada Markas Pasifik itu mempunyai sumber secukupnya untuk melaksanakan inisiatif tersebut, Fargo berkata, selain mengekalkan mekanisme lama yang diguakan untuk membanteras kegiatan dadah, pendekatan baru turut dipertimbangkan.

``Kami sedang mengkaji kemungkinan menggunakan bot-bot laju dan menempatkan askar-askar marin dan juga pasukan operasi khas untuk meronda di Selat Melaka,'' katanya.

Filipina adalah satu-satunya negara di rantau Asia Tenggara di mana beratus-ratus orang askar AS ditempatkan untuk melatih askar-askar tempatan untuk memerangi pengganas di bahagian selatan yang kacau-bilau.

Ditanya sama ada Malaysia dan Indonesia akan turut memberi kerjasama kepada inisiatif AS itu, Fargo berkata, ``saya menjangka kedua-dua negara itu akan memberi sokongan.

``Ia memerlukan usaha bersama yang melibatkan kerjasama kesemua negara untuk menangani masalah pengganas di rantau itu,'' kata Fargo.

Beliau berkata, India adalah di antara negara yang awal menyumbangkan pasukan peronda di seanjang Selat Melaka sebaik sahaja selepas serangan pengganas dilancarkan di AS pada 11 September 2001. - AFP




Originally posted by Watie on

0 Comments:

Post a Comment

<< Home